PENYIMPANAN DOKUMEN ONLINE
Sumbangan atas nama:
TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA

Kepada:

BENDAHARI
TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA (TKPM)
58-3 Blok H, Platinum Walk, No. 2 Jalan Langkawi
53300 Danau Kota
Setapak Kuala Lumpur
Tel: 03-4131 2911
Faks : 03-4131 2211

LATARBELAKANG TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA (TKPM)

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) adalah di bawah kelolaan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia [PPPM(P)M], sebuah persatuan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan - No. 2452/96 W.P. TKPM ditubuhkan pada 4 Januari 1997 dan mendapat taraf pengecualian Cukai Pendapatan No: 01/35/42/51/179-6, 4650. TKPM diurus oleh Jawatankuasa Tadbir dan Pengurusan PPPM(P)M dan ahli-ahlinya adalah Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) di seluruh Malaysia berjumlah 249 orang.  Juruaudit Bertauliah TKPM ialah Tetuan AI & Partners.

OBJEKTIF TKPM

Memberi bantuan kebajikan segera (crisis situation) kepada semua pesakit warganegara Malaysia yang miskin dan yang layak tanpa mengira kaum, agama dan keturunan yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Kriteria-Kriteria Kelayakan Pemberian Bantuan:

  1. Pesakit mesti terdiri dari warganegara Malaysia.
  2. Pesakit mesti terdiri dari golongan miskin, berpendapatan rendah atau kurang berkemampuan yang  tidak mendapat sumber kewangan dari mana-mana organisasi kewangan atau pihak kerajaan.
  3. Bagi membolehkan seberapa ramai pesakit mendapat bantuan, maksima bantuan untuk setiap individu tidak melebihi RM5,000.00 untuk sekali sahaja.
  4. Pemohon mestilah dari kelas 3 yang berdaftar di hospital kerajaan. Kakitangan kerajaan yang  tidak mampu, layak dipertimbangkan bagi pembiayaan rawatan pemulihan yang tidak dibiayai oleh pihak kerajaan atau hospital.
  5. Status kewangan pesakit dan keluarga mesti disiasat sebelum permohonan dipertimbangkan mengikut penilaian yang berkuatkuasa dari masa ke semasa sepertimana diamalkan di semua hospital kerajaan.

MENGAPA PERLU TKPM ?

  • Pesakit terpaksa bergantung kepada keupayaan kewangan sendiri dan sumbangan orang ramai untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital-hospital kerajaan.
  • Kebanyakkan pesakit miskin memerlukan bantuan am kecil seperti tambang, penginapan, makanan, keperluan asas, bantuan kecemasan dan lain-lain.
  • Lebih 80 peratus pesakit-pesakit miskin menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan material / praktikal di hospital-hospital kerajaan.
  • Ketiadaan peruntukkan dari Kementerian Kesihatan bagi pesakit miskin mendapatkan rawatan dan pemulihan penyakit kronik yang memerlukan rawatan segera.
  • Masalah birokrasi melewatkan proses penerimaan bantuan kewangan dan peralatan yang disumbangkan oleh individu dan syarikat swasta kepada pesakit.
  • Kekurangan bantuan kecil segera seperti petty cash menyebabkan pesakit-pesakit miskin yang tinggal lebih lama di wad dibebani oleh kos hospitalization yang tinggi.

FAEDAH TKPM

  • Bantuan segera tanpa karenah birokrasi dapat diberikan kerana TKPM di bawah kelolaan PKSP;
  • Dapat membantu pesakit-pesakit dalam situasi krisis kerana wang yang dijana disalurkan terus ke hospital dimana terdapat PKSP;
  • Dapat mengurangkan tekanan emosi dan kewangan pesakit;
  • Membantu hospital mengurangkan kos membiayai pesakit yang tinggal di wad;
  • Pesakit boleh discharge segera selepas mendapat bantuan segera (kewangan dan peralatan perubatan); dan
  • Mengurangkan default treatment dan relapse

Sistem Rujukan/Bayaran

Permohonan bantuan perlu disalurkan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) dengan disertakan perkara-perkara berikut:

  1. Surat pengesahan jenis penyakit oleh Pegawai Perubatan yang merawat pesakit;

  1. Sebutharga ubat-ubatan/peralatan/keperluan pesakit yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan yang merawat pesakit;

  1. Laporan sosial.

Segala pembayaran akan terus dibuat kepada pembekal.

Drop Down Menu
E-Mail Kami
PENAFIAN
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman sesawang ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas dan Mozilla Firefox
Copyright 2015-2016 PPPM(P)M.
Sumbangan anda amat kami hargai. Membantu pesakit miskin dan yang memerlukannya