PENYIMPANAN DOKUMEN ONLINE
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN

  1. Ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi notis pemberhentiannya seminggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan membayar segala hutangnya.

  1. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dalam cara mencemarkan nama baik Persatuan atau salah laku atau terlibat dalam kegiatan yang bersalahan dengan undang-undang negara boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam suatu tempoh yang munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum tindakan tersebut diambil, ahli berkenaan hendaklah diberitahu sebab-sebabnya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang menerang dan membela dirinya. Kuasa pemecatan dan penggantungan keahlian akan diputuskan oleh Jawatankuasa. Keputusan yang dibuat adalah muktamad.



HAK KEAHLIAN

  1. Ahli Biasa berhak menikmati kemudahan Persatuan, menghadiri mesyuarat agung, mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Persatuan.

  1. Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat berhak menikmati semua kemudahan Persatuan kecuali mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Persatuan.


KEAHLIAN PERSATUAN

Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada tiga jenis:-

  1. Ahli Biasa
  2. Ahli Bersekutu
  3. Ahli Kehormat

  1. Ahli Biasa Persatuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sedang berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat dalam bidang perubatan di sektor kerajaan dan swasta.

  1. Ahli Bersekutu terbuka kepada:

  • Bekas Pegawai Pembangunan Masyarakat.
  • Pegawai-Pegawai dalam perkhidmatan Pembangunan Masyarakat yang  bukan dlam bidangperubatan.

  1. Ahli Kehormat akan dilantik dari kalangan individu atau tokoh yang telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada Persatuan atau mereka yang berjasa dalam bidang pembangunan masyarakat.

Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan. Setiausaha Kehormat setelah menerima permohonan itu hendaklah mengemukakan kepada mesyuarat Jawatankusa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa mengikut budibicaranya boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa sebarang sebab.

Tiap-tiap pemohon yang permohonannya diluluskan hendaklah dalam tempoh 15 hari membayar yuran tahunan terlebih dahulu sebelum disahkan keahliannya.


Drop Down Menu
E-Mail Kami
PENAFIAN
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman sesawang ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas dan Mozilla Firefox
Copyright 2015-2016 PPPM(P)M.